Friday, April 3, 2009

Orang bakhil musuh Allah, walaupun dia ahli ibadah. (Maksud hadis) Kamu jangan sempitkan istilah bakhil-kedekut hanya tertentu kepada harta sahaja.

  • Bakhil masa- Tidak ada masa duduk halqah zikir dan membuat kebajikan. Pergi tempat lalai ada masa!
  • Bakhil tangan- Tidak di gunakan untuk khidmat di jalan Allah. Untuk nafsu boleh pula!
  • Bakhil mulut- Tidak digunakan untuk berzikir, berselawat, istighfar, membaca quran, membaca hadis dan bercakap perkara berfaedah. Untuk bercakap kosong dan perkara yang Allah tidak ridho boleh (mengumpat, memfitnah, melaga-lagakan orang dan lain-lain lagi) pula!
  • Bakhil mata- Tidak digunakan untuk membaca Al-Quran, hadis, baca kitab dan memandang kebesaran Allah. Tengok benda maksiat boleh pula!
  • Bakhil kaki- Untuk berjalan ke majlis orang soleh dan berkhidmat kerana Allah tidak boleh. Berjalan ke tempat-tempat yang Allah benci boleh pula!
  • Bakhil pemikiran- Tidak digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah dan mencari jalan keridhoan Allah. Hanya digunakan memikir untuk memuaskan “HAWA NAFSU”.
  • Bakhil perut - Tidak digunakan perutnya untuk berlapar.

No comments:

Post a Comment