Monday, March 30, 2009

Cabaran kepada guru-guru di Kapit.



1. Kusak amat gembira kerana berjaya mencuri
lauk dalam pinggan Gb tanpa Gb menyedarinya
kesian Gb

2. Tetamu di dalam rumah mengeluh kerana
satey belum sampai sedangkan jumlah satey
makin berkurangan dan lidi satey berlambak
dekat pembakar satey.





3. Kamal memulas perut saipul kerana saipul
makan terlalu banyak. Kamal tidak puashati
dengan tingkah laku saipul.

4. Bersama anak murid yang menjadi harapan
guru-guru mereka yang hensem sebagai
pembakar semangat.

Friday, March 27, 2009


Tetap meneruskan perjalanan walaupun dengan sebilah
pendayung. Ombak dari bot sebelah membuatkan goyah
hanya untuk seketika. Sampai juga nanti.

Yang tersirat...

“Falsafah ini adalah lautan. Jika kamu berlayar di permukaannya, kamu akan bertemu dengan ribut taufan yang menggila dan kamu boleh karam. Tetapi jika kamu menyelam hingga ke dasarnya, maka kamu akan bertemu khazanah berharga yang tersimpan di perut lautan itu”. - Guru kepada Sheikh Nadim al-Jisr

Kale dan Roba

Semasa aku di rumah kawan aku, aku terpandang ke satu sudut di dinding rumahnya. Terus kaki aku melangkah ke situ dan mengamati frame yang tergantung di situ. Satu lakaran yang sederhana bagi aku. Sebuah lukisan potret yang tertera nama kawan aku. Ingatan aku kembali ke belakang. Tidak aku duga sama sekali. Masih ada. Rasa terharu menguasai aku. Kerana itu anugerah dari-Nya. Terima kasih sahabat kerana masih menyimpan dan menggantung hasil gerakan tangan yang tidak seberapa itu. Kamu adalah sebahagian daripada keluarga aku.

sentiasa di hati



















Keluarga aku semasa di upsi dan sampai sekarang.

Sunday, March 22, 2009

Destinasi...

Perjalanan dan masa...
Sedar atau tidak hidup kita makin ke depan dan kita tinggalkan belakang yang menjadi sisa. Makin jauh kita pandang ke hadapan,makin kecil ia kelihatan. Seakan titik kecil malah tidak kelihatan langsung. Namun kita semua ke situ. Tidak nampak tapi ada. Pasti ada. Satu perjalanan yang indah bagi yang menikmati dan menghayati. Satu perjalanan yang memenatkan bagi yang tidak menghargai. Amat merugikan.
Kosong. Belakang jauh kita tinggalkan. Sedangkan kita semakin hampir ke destinasi. Tidak nampak tapi tetap ada. Satu destinasi.

Singgah makan di Ranau



Salam untuk semua..SUBHANALLAH...aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk aku ungkapkan dalam ruangan blog ini. Mungkin aku tiada idea yang lebih baik dan bernas. Mungkin juga terlalu banyak dalam kepala aku ini untuk diutarakan. Apapun aku berharap ruangan ini dapat memberi sesuatu yang bermakna untuk aku sendiri dan juga untuk semua yang berada di laman aku yang daif ini. Segala kekurangan aku mohon maaf daripada semua dan keampunan Allah s.w.t Pencipta Sekalian Alam.

Saturday, March 21, 2009

Untuk kita...

Kenali diri sendiri dengan hati yang suci bersih
meletakkan diri di tempat yang sewajarnya...
tidak terlintas difikiran yang lemah...
inilah nikmat hidup yang sementara...
hambaMu ini sesungguhnya zalim...
khazanahMu tidak terkurang..
sedang kami menzalimi diri kami...
kami memohon keampunan dan RahmatMu...Ya Rabb