Friday, April 3, 2009

Dua perbezaan di antara orang yang berdoa tetapi tidak ikut saluran dan orang yang tidak berdoa tetapi ikut saluran.

Cerita dua orang yang menanam buah tembikai (timun). Seorang, menggali lubang sedalam tiga kaki persegi dan letakkan segantang baja tahi ayam. Manakala seorang lagi menggali lubang sedalam satu kaki persegi dan letakkan hanya satu tempurung kelapa baja tahi ayam. Kemudian dia pun berdoa agar hasil buah tembikainya mencapai seberat 5 kilogram sebiji. Manakala yang seorang lagi tidak pun berdoa. Apabila pokok itu berbuah tentulah yang bubuh baja segantang dan gali lubang 3 kaki dalam itu buahnya mencapai berat 3 kilogram ke atas. Orang yang seorang lagi, takkanlah boleh mendapat berat buah 5 kilogram sebab cara dia tanam tidak betul walaupun dia berdoa. Orang yang berjaya itu, sebab ikut susunan walaupun dia tidak berdoa. Begitulah orang-orang Islam di hari ini, hendak iman, hendak menjadi orang soleh dan mati hendak masuk syurga tetapi tidak ikut salurannya. Hanya berdoa sahaja.

No comments:

Post a Comment