Sunday, April 26, 2009


SERTAI KELAB EVOLUTION FC 2009
Anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli kelab
dengan melayari laman di bawah


atau e-mail maklumat peribadi kepada


atau menghantar maklumat peribadi iaitu
nama, no.I/C, alamat dan no. tel
di ruangan 'POST COMMENT' di bawah.

Sunday, April 19, 2009





Pemain dan juga penonton setia pasukan aie fc dan ligi fc di tepi gelanggang menyaksikan perlawanan sambil berehat sebelum perlawanan masing-masing. Apic(baju merah sebelah aku) merupakan cameraman team aie fc dan ligi fc. Juki,kusak dan ije terkejut lalu memandang ke atas kerana terdengar suara penonton wanita menjerit dan mahu terjun ke bawah kerana tidak dapat menerima kenyataan pasukannya kalah.





aie fc








Pasukan aie fc semasa membuat persiapan sebelum perlawanan dan pasukan ini meneruskan perjuangan sehingga peringkat separuh akhir kerana terpaksa akur dengan pasukan lawan yang juga merupakan pasukan pilihan untuk ke final. Namun aie fc tetap berpuashati dan dianggap berjaya walaupun tidak ke final kerana daripada 44 pasukan yang menyertai, pasukan aie fc berjaya ke peringkat separuh akhir. Agi idup agi ngelaban!





Saturday, April 11, 2009

AIE FC

AIE FC ; Mat Ju,Wan,Aku,Wasli,Kashah,timiey,kevin,fendy,kamal.

Thursday, April 9, 2009

COMING SOON...


Nantikan kemunculannya...

Arena futsal kapit...


DON'T TRY THIS AT HOME!PLEASEEE...!!!


TRY AT STADIUM IS ORAIT!

Friday, April 3, 2009

Dua perbezaan di antara orang yang berdoa tetapi tidak ikut saluran dan orang yang tidak berdoa tetapi ikut saluran.

Cerita dua orang yang menanam buah tembikai (timun). Seorang, menggali lubang sedalam tiga kaki persegi dan letakkan segantang baja tahi ayam. Manakala seorang lagi menggali lubang sedalam satu kaki persegi dan letakkan hanya satu tempurung kelapa baja tahi ayam. Kemudian dia pun berdoa agar hasil buah tembikainya mencapai seberat 5 kilogram sebiji. Manakala yang seorang lagi tidak pun berdoa. Apabila pokok itu berbuah tentulah yang bubuh baja segantang dan gali lubang 3 kaki dalam itu buahnya mencapai berat 3 kilogram ke atas. Orang yang seorang lagi, takkanlah boleh mendapat berat buah 5 kilogram sebab cara dia tanam tidak betul walaupun dia berdoa. Orang yang berjaya itu, sebab ikut susunan walaupun dia tidak berdoa. Begitulah orang-orang Islam di hari ini, hendak iman, hendak menjadi orang soleh dan mati hendak masuk syurga tetapi tidak ikut salurannya. Hanya berdoa sahaja.

Orang bakhil musuh Allah, walaupun dia ahli ibadah. (Maksud hadis) Kamu jangan sempitkan istilah bakhil-kedekut hanya tertentu kepada harta sahaja.

  • Bakhil masa- Tidak ada masa duduk halqah zikir dan membuat kebajikan. Pergi tempat lalai ada masa!
  • Bakhil tangan- Tidak di gunakan untuk khidmat di jalan Allah. Untuk nafsu boleh pula!
  • Bakhil mulut- Tidak digunakan untuk berzikir, berselawat, istighfar, membaca quran, membaca hadis dan bercakap perkara berfaedah. Untuk bercakap kosong dan perkara yang Allah tidak ridho boleh (mengumpat, memfitnah, melaga-lagakan orang dan lain-lain lagi) pula!
  • Bakhil mata- Tidak digunakan untuk membaca Al-Quran, hadis, baca kitab dan memandang kebesaran Allah. Tengok benda maksiat boleh pula!
  • Bakhil kaki- Untuk berjalan ke majlis orang soleh dan berkhidmat kerana Allah tidak boleh. Berjalan ke tempat-tempat yang Allah benci boleh pula!
  • Bakhil pemikiran- Tidak digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah dan mencari jalan keridhoan Allah. Hanya digunakan memikir untuk memuaskan “HAWA NAFSU”.
  • Bakhil perut - Tidak digunakan perutnya untuk berlapar.

Monday, March 30, 2009

Cabaran kepada guru-guru di Kapit.



1. Kusak amat gembira kerana berjaya mencuri
lauk dalam pinggan Gb tanpa Gb menyedarinya
kesian Gb

2. Tetamu di dalam rumah mengeluh kerana
satey belum sampai sedangkan jumlah satey
makin berkurangan dan lidi satey berlambak
dekat pembakar satey.





3. Kamal memulas perut saipul kerana saipul
makan terlalu banyak. Kamal tidak puashati
dengan tingkah laku saipul.

4. Bersama anak murid yang menjadi harapan
guru-guru mereka yang hensem sebagai
pembakar semangat.

Friday, March 27, 2009


Tetap meneruskan perjalanan walaupun dengan sebilah
pendayung. Ombak dari bot sebelah membuatkan goyah
hanya untuk seketika. Sampai juga nanti.

Yang tersirat...

“Falsafah ini adalah lautan. Jika kamu berlayar di permukaannya, kamu akan bertemu dengan ribut taufan yang menggila dan kamu boleh karam. Tetapi jika kamu menyelam hingga ke dasarnya, maka kamu akan bertemu khazanah berharga yang tersimpan di perut lautan itu”. - Guru kepada Sheikh Nadim al-Jisr

Kale dan Roba

Semasa aku di rumah kawan aku, aku terpandang ke satu sudut di dinding rumahnya. Terus kaki aku melangkah ke situ dan mengamati frame yang tergantung di situ. Satu lakaran yang sederhana bagi aku. Sebuah lukisan potret yang tertera nama kawan aku. Ingatan aku kembali ke belakang. Tidak aku duga sama sekali. Masih ada. Rasa terharu menguasai aku. Kerana itu anugerah dari-Nya. Terima kasih sahabat kerana masih menyimpan dan menggantung hasil gerakan tangan yang tidak seberapa itu. Kamu adalah sebahagian daripada keluarga aku.

sentiasa di hati



















Keluarga aku semasa di upsi dan sampai sekarang.

Sunday, March 22, 2009

Destinasi...

Perjalanan dan masa...
Sedar atau tidak hidup kita makin ke depan dan kita tinggalkan belakang yang menjadi sisa. Makin jauh kita pandang ke hadapan,makin kecil ia kelihatan. Seakan titik kecil malah tidak kelihatan langsung. Namun kita semua ke situ. Tidak nampak tapi ada. Pasti ada. Satu perjalanan yang indah bagi yang menikmati dan menghayati. Satu perjalanan yang memenatkan bagi yang tidak menghargai. Amat merugikan.
Kosong. Belakang jauh kita tinggalkan. Sedangkan kita semakin hampir ke destinasi. Tidak nampak tapi tetap ada. Satu destinasi.

Singgah makan di Ranau



Salam untuk semua..SUBHANALLAH...aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk aku ungkapkan dalam ruangan blog ini. Mungkin aku tiada idea yang lebih baik dan bernas. Mungkin juga terlalu banyak dalam kepala aku ini untuk diutarakan. Apapun aku berharap ruangan ini dapat memberi sesuatu yang bermakna untuk aku sendiri dan juga untuk semua yang berada di laman aku yang daif ini. Segala kekurangan aku mohon maaf daripada semua dan keampunan Allah s.w.t Pencipta Sekalian Alam.

Saturday, March 21, 2009

Untuk kita...

Kenali diri sendiri dengan hati yang suci bersih
meletakkan diri di tempat yang sewajarnya...
tidak terlintas difikiran yang lemah...
inilah nikmat hidup yang sementara...
hambaMu ini sesungguhnya zalim...
khazanahMu tidak terkurang..
sedang kami menzalimi diri kami...
kami memohon keampunan dan RahmatMu...Ya Rabb